Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

IPOH – Lapan lelaki berusia antara 16-25 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku selepas tamat perlawan Liga Super membabitkan Perak dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, malam tadi.

Dalam kejadian membabitkan penyokong itu, dua petugas media, dua anggota keselamatan dan beberapa penyokong dilaporkan cedera.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mereka ditahan malam tadi kerana dipercayai terbabit dalam mencetuskan kekecohan sehingga memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menyuraikan keadaan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata.

Semua yang ditahan kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh. – BH Online

0 comments:

Post a Comment