Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – “Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mentadbir negeri itu seperti taliban,” dakwa Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang.

Beliau berkata, situasi itu boleh dilihat berikutan tindakan kerajaan Selangor memberi tekanan secara halus ke atas pertubuhan Kristian supaya keluar dari negeri itu

“Kami mengingatkan pakatan pembangkang tindakan memberi tekanan secara halus ke atas pertubuhan penganut Kristian supaya keluar dari Selangor seperti yang dilakukan taliban.

“Pemuda Gerakan berharap pakatan pembangkang memenuhi janji pilihan rayanya dan tidak menyekat kebebasan beragama golongan minoriti,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak ambil peduli keputusan BSM untuk memindahkan ibu pejabatnya daripada Petaling Jaya ke Kuala Lumpur.

BSM bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri dalam melindungi hak penganut Kristian berikutan rampasan lebih 300 naskah Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam serbuan ke pejabat BSM awal tahun ini.

BSM mendakwa Abdul Khalid cuba lepas tangan daripada isu itu apabila cuma menasihati persatuan itu untuk membuat rayuan kepada Peguam Negara bagi mendapatkan kembali naskah Bible itu sedangkan JAIS dibawah kerajaan negeri.

Exco Agama negeri Selangor, Sallehen Mukhyi pula memberi jawapan samar-samar di dewan undangan negeri semalam apabila ditanya sama penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam majlis di gereja-gereja mereka. 

0 comments:

Post a Comment