Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, April 16, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – AirAsia memeterai perjanjian dengan syarikat Airbus berhubung perkhidmatan Pengurusan Inventori Airbus (AMI) bagi pesawat A320 dan A330 di pangkalan Kuala Lumpur dan Bangkok, Thailand baru-baru ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, AMI merupakan strategi Airbus untuk memenuhi kehendak pelanggan syarikat itu berdasarkan standard industri terkini.

“Antaranya memastikan komponen yang kerap dipakai dan tidak boleh dibaiki digantikan dengan segera secara automatik dan berterusan di pusat kemudahan pelanggan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Kumpulan Kejuruteraan AirAsia, Anaz Ahmad Tajuddin dalam kenyataan sama berkata, perkhidmatan AIM membolehkan AirAsia dan AirAsia X memberi perkhidmatan yang lebih cekap.

Menurutnya, AMI dapat meminimumkan kos penggantian komponen dan mempercepatkan penghantaran komponen yang diperlukan.

AirAsia menjadi pelanggan keempat Airbus di rantau ini yang menggunakan penyelesaian pengurusan inventori automatik AMI.

Perkhidmatan itu membantu pelanggan Airbus untuk mengurangkan kos simpanan inventori kerana sistem itu mengemaskini inventori secara automatik di pangkalan AirAsia dan menjamin komponen sentiasa tersedia dan mengurangkan tahap stok inventori.

Dengan merakamkan data penggunaan bahan secara berterusan dan mengaktifkan pesanan secara automatik mengikut batasan inventori yang dipersetujui, perkhidmatan ini menjamin komponen sentiasa tersedia untuk mengurangkan tahap keseluruhan stok dan inventori.

Airbus pengeluar pesawat terkemuka di dunia yang menawarkan rangkaian pesawat penumpang yang paling moden, inovatif dan handal di pasaran dengan kapasiti 100 hingga 500 lebih tempat duduk.

0 comments:

Post a Comment