KETUA Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mencabar isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk merebut jawatan presiden parti itu.
Ini merupakan percubaan pertama ketua pembangkang itu bertanding jawatan yang disandang Wan Azizah sejak penubuhan parti itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul turut mengumumkan Tian Chua dan Elizabeth Wong menarik diri dari persaingan jawatan timbalan dan naib presiden PKR.
Dalam sidang medianya pagi ini, Johari berkata selepas pencalonan peringkat pusat ditutup semalam, kebanyakan calon masih mengekalkan pencalonan mereka.
Bagaimanapun persaingan timbalan presiden kini hanya tinggal empat sahaja selepas Tian dan bekas ketua cabang PKR Puchong Murali Subramaniam menarik diri semalam.
Sementara itu, persaingan bagi jawatan naib presiden pula, seramai 15 pemimpin masih bertanding selepas hanya Wong menarik diri.
Manakala, persaingan bagi jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula tiada sebarang penarikan diri.
“Mereka yang menarik diri sebelum hari ini dikembalikan bayarannya. Selepas ini boleh menarik diri tetapi jika selepas JPP keluarkan gambar dan nama semua undi yang diterima calon itu dikira undi rosak,” kata Johari dalam sidang media hari ini.
Johari yang juga ahli parlimen Sungai Petani turut mengumumkan JPP akan mengadakan satu lagi sidang media pada 15 April depan bagi kedudukan terbaru.
Berikut senarai calon yang bertanding (* penyandang):
Presiden:
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail*
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden:
Azmin Ali*
Tan Sri Khalid Ibrahim
Saifuddin Nasution Ismail
Datuk K Rama Chandram
Naib Presiden:
Fuziah Salleh*
Datuk Mansor Othman*
Nurul Izzah Anwar*
Tian Chua*
Baru Bian
N Surendren
R Suresh Kumar
Mustafa Kamil Ayub
Mohd Rafizi Ramli
Mohd Yahya Sahri
Lee Chin Cheh
Shanmugam Randhathani
Streram Sinnasamy
Dr Xavier Jayakumar
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua AMK:
Amiruddin Shaari
Nazree Yunus
Nik Nazmi Nik Mohamad
Ketua Wanita:
Zuraida Kamaruddin*
Rodziah Ismail
Sumber: Malaysiakini
0 comments:
Post a Comment