KUALA LUMPUR – Pengerusi Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Portal Aduan ‘For The Rakyat’ yang telah mula beroperasi sejak sebulan lalu.
Portal yang beralamat www.fortherakyat.com ini diwujudkan demi membantu masyarakat mencari jalan penyelesaian berkaitan masalah seharian.
Portal yang dikelola oleh Pergerakan Pemuda Umno menerusi Biro Aduan Komuniti yang dipengerusikan oleh Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman itu bertujuan menjadi orang tengah dengan menyalurkan terus permasalahan yang dihadapi rakyat kepada agensi yang terlibat.
Menurut Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, portal ini dilihat sebagai pendekatan yang tepat dan sesuai dengan peredaran masa yang semakin canggih.
Selain itu juga, portal tersebut akan beroperasi sebagai pengumpulan data merangkumi demografi, geografi, kategori dan trend aduan rakyat.
Sementara itu, Sheikh Ahmad Nafiq berkata, “UMNO sebagai sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan akan sentiasa berusaha memastikan permasalahan dan rungutan rakyat sentiasa didengari dan diselesaikan sebaik mungkin melalui pelbagai platform”.
Pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Sukarelawan Siswa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia, SukaGuam dan Yayasan Salam Malaysia akan bersama-sama menangani aduan yang diterima daripada rakyat kelak.
Untuk rekod, sejak mula beroperasi sebanyak 84 aduan telah diterima sekaligus dikemukakan keep portal ini dan 79 daripadanya telah berjaya ditangani. – SiakapKeli.com
Oleh: Juliana Johar
0 comments:
Post a Comment