KUALA LUMPUR – Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) mencatat rekod `Malaysia Book of Record’ penanaman pokok paya bakau terpanjang di Malaysia dalam tempoh kurang dua jam dalam satu program baru-baru ini.
Setiausaha Kehormatnya, Mohd. Yussainy Md. Yusop berkata, sebanyak 20,200 pokok bakau spesies bakau minyak dan bakau kurap ditanam di Hutan Simpan Dayang Bunting, Langkawi, Kedah menerusi program itu.
“Seramai 1,500 sukarelawan dalam program ini. Program kali ini memperbaharui rekod yang dicatat di Perlis pada tahun 2011 dengan tanaman sebanyak 11,111 pokok bakau,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Yussainy berkata, program itu turut dihadiri ramai delegasi luar negara termasuk dari Jepun dan negara-negara Asean.
‘
Lebih menarik, katanya, dua pokok bakau terakhir program itu telah ditanam bekas Perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.
Jelas beliau, tanaman 20,200 anak pokok bakau itu diharap dapat memulihara alam semulajadi bagi mengurangkan kemusnahan akibat hakisan tanah.
Ia juga bertujuan memulihkan habitat persisiran pantai yang menjadi koridor kepada kepelbagaian biologi serta memperkayakan sumber hasil pantai.
0 comments:
Post a Comment