Tak tahulah nak cakap apa mengenai tingkah laku dan sikap pelajar sekolah di zaman serba moden dan canggih ni.
Semakin hilang rasa malu apabila secara terang-terangan berani melakukan aksi terkutuk di tempat awam sambil seorang rakan mereka menjadi pengawal untuk ‘cover line’ aksi panas mereka.
Gambar tersebut dirakamkan oleh seorang pengunjung di KFC cawangan Sungai Besi, Kuala Lumpur yang menceritakan secara jelas aksi tak senonoh pelajar tersebut kepada Malaysia Gazette.
“Selepas duduk rapat-rapat, mereka mula raba-meraba. Selepas itu sambil berselubung dengan jaket, mereka mula beraksi ganas, siap bunyi mengerang lagi,” katanya.
Menurut pengunjung itu lagi, pasangan remaja tersebut sempat memadu asmara selama 20 minit sebelum dihalau petugas premis selepas pengunjung tersebut membuat aduan di kaunter kedai makanan segera popular itu. – SiakapKeli.com
Oleh: Audrey Lee
0 comments:
Post a Comment