KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu mengerakkan seramai 50,000 ahlinya menyertai perhimpunan anjuran pembangkang pada 1 Mei ini.
Setiausahanya, Mohd. Nasai Ismail berkata, DPPM sedang menggiatkan edaran risalah, ceramah penerangan, kempen dan taklimat untuk mencapai sasaran itu.
“DPPM menggunakan sepenuhnya media sosial bagi memberi kefahaman mengenai isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Semakin ramai yang mengerti tentang GST dan menyatakan kesediaan untuk hadir dalam himpunan itu nanti,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mohd. Nasai berkata, Unit Amal PAS akan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan lokasi serta keselamatan awam.
Justeru, beliau memberi jaminan tiada sebarang provokasi, ganas, liar dan keterlaluan akan berlaku dalam perhimpunan tersebut.
0 comments:
Post a Comment