Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, April 27, 2014

No Comment

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah melakukan banyak pembaharuan yang mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebebasan sivil dan kedaulatan undang-undang, dan usaha itu tidak sepatutnya dikesampingkan oleh pengkritik kerajaan.

Mengakui bahawa lebih banyak lagi perlu dilakukan dalam isu berkenaan, beliau berkata masyarakat perlu bersedia untuk berubah.

“Kerana apa yang penting adalah hasilnya. Dan sebagai perdana menteri negara ini, saya komited untuk memastikan keamanan, kestabilan dan keharmonian (di Malaysia). Itu perkara paling penting, dan rakyat perlu menghormatinya,” katanya.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan berhubung perkara itu dalam sidang akhbar bersama-sama Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama selepas sesi perbincangan antara kedua-dua pemimpin di Putrajaya pada Ahad sempena lawatan tiga hari presiden AS itu ke Malaysia.

Perdana Menteri berkata bagi Malaysia, ia melibatkan sensitiviti yang ada hubung kait dengan kumpulan minoriti dan majoriti serta dalam mentadbir negara.

Memberikan contoh beberapa pembaharuan yang dilakukan sejak beliau memegang jawatan perdana menteri pada 2009, Najib berkata ia termasuk keputusan besar untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pengenalan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Negara-negara lain belum berbuat demikian, tetapi Malaysia telah mendahului dalam berbuat demikian…dalam tempoh ini, adalah adil untuk katakan bahawa ini merupakan pembaharuan terbesar daripada segi kebebasan sivil dalam sejarah Malaysia.

“Dan saya fikir, anda tidak patut pandang rendah atau perkecilkan apa jua yang telah kami lakukan,” kata Najib.

Berhubung kes liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri berkata beliau mahu menjelaskan akan hakikat bahawa ia bukan mengenai kerajaan lawan Anwar.

Beliau memberitahu sidang akhbar itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Malaysia dan CNN, bahawa ia melibatkan seorang bekas pekerja Anwar yang membangkitkan kes itu terhadapnya.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment