Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

2 comments

Baru-baru ini Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, diketahui telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Facebook miliknya meminta para alim ulama dan pihak televisyen Al Hijrah agar menyemak kembali kata-kata dan ilmu yang disampaikan pendakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Dakwa Wardina, sudah beberapa kali dia terdengar perkara dan penyampaian tidak sahih telah disampaikan Ustaz Don.


Susulan itu, Ustaz Don telah tampil membela dirinya.

Jawapan itu telah disebarkan secara meluas menerusi media sosial sejak semalam.

Menurut Ustaz Don, tuduhan Wardina tidak berasas kerana dibuat berdasarkan video ceramahnya yang telah diedit. Justeru adalah tidak adil apabila ia digunakan untuk menghentam dirinya.

Ustaz Don turut melahirkan kekesalan kerana Wardina pernah membuat kenyataan supaya pemilik media sosial tidak memuatnaik perkara-perkara yang dilarang tetapi beliau sendiri melakukannya.

“Apakah niat sebenar Wardina memuatnaik video yang telah diedit sekerat-sekerat itu kemudian menghentam saya, adakah bertujuan baik atau sebaliknya? Kebiasaannya video sekerat-sekerat ini hanyalah untuk tujuan propaganda,” katanya.

Wardina turut dinasihatkan Ustaz Don supaya berjumpa ustaz atau alim ulama jika ada kemusykilan dan bukannya menggunakan ‘ustaz google’, facebook atau twitter selain menyarankan agar Wardina hadir dalam ceramahnya bukannya hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat jika ingin tahu sepenuhnya apa yang ingin disampaikan.

“Saya juga tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya.

“Mungkin saya selalu kerap keluar di TV Alhijrah menyebabkan ada orang yang tak senang duduk. Saya reda dan saya buat dengan penuh ikhlas,” ujar Ustaz Don.

Dikatakan, punca fitnah menggunakan video yang diedit berkaitan Ustaz Don disebarkan adalah kerana terdapat staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila ustaz Don mendapat surat jemputan ke United Kingdom.

Tinjauan kami mendapati, jawapan yang diberikan Ustaz Don ini telah mendapat respons Wardina. Berikut adalah reaksi Wardina yang dimuatnaik di Facebook dengan tajuk ‘Sedikit respon mengenai respons…’


Kata Wardina, dia terkejut melihat respon yang diterima sejak dia memuatnaik status berkaitan video Ustaz Don. Namun yang sebenarnya, dia ikhlas ingin mencari kebenaran dan tidak berniat langsung untuk memburukkan Ustaz Don.

Dia turut menafikan mengenali staf TV Al Hijrah yang dikatakan sebagai individu bertanggung jawab menunjukkannya video itu untuk disebarkan.


Mungkin berasakan permohonan maafnya semalam tidak cukup, awal pagi tadi Wardina sekali lagi memuatnaik status berbunyi:


Nampaknya, Wardina telah mendapat pengajaran berguna daripada kejadian yang telah berlaku ini.

Memandangkan dia pun sudah berusaha keras meminta maaf, kami yakin orang dengan ilmu yang tinggi seperti Ustaz Don pun sama sekali tidak akan menaruh perasaan marah pada Wardina.

Jadi orang di luar sana pun tak perlulah lagi hendak mengungkit perkara ini ya? Ia cuma satu salah faham yang kini sudah terungkai dengan baik.- Rem Ramzi / SiakapKeli.com

2 comments:

  1. wardina ...u r absolutely a nobody...ko tu gedik tau ya amat....aku tgk ko kat tv rancangan bahasa inggeris bella pun rasa nak muntak tgk body language ko....jgn bajet bagus sgt....kau tu picisan je....belajar tak pernah habis....boleh ke nak samakan kau dgn org yang berilmu .mulut tu jaga

    ReplyDelete
  2. alah..bukan apa pun..just minta seorang ustaz tuk clarify ja..klau dah pro and mmg knowledgable cerita clearly supaya orang faham..settle..geng2 ustaz ni pun apa masalah..duduk mesyuarat and discuss..come up with solution and explain kepada orang yang bertanyakan senang..jgn kluarkan statement untuk membuntukan fikiran..itu cara lama..and Islam is agama sepanjang zaman..yang letak info dalam Google pun geng2 ustaz jgak..so its okay what to do cross reference and analysis..

    ReplyDelete