Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

No Comment

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, hari ini menyamaikan ucapan ‘simpati’ terhadap mereka yang terbabit dalam tragedi feri karam di perairan Korea Selatan semalam.

Bercakap dalam satu forum di Tokyo, Abe, menyatakan perasannya tersentuh berikutan tragedi yang menimpa jirannya itu.

“Saya merakamkan simpati dari hati sanubari saya terhadap mereka yang terbabit dalam nahas ini dan juga kepada ahli keluarga mereka,” katanya.

Hubungan antara Seoul dan Tokyo selama ini pada tahap sederhana berhubung pertikaian mengenai pendudukan Jepun di Semenanjung Korea pada 1910-1945, terutaama mengenai isu ribuan wanita dipaksa menjadi hamba seks.

Abe dan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye hanya bertemu secara rasmi sekali saja sejak pentadbiran mereka lebih setahun lalu. – AFP

0 comments:

Post a Comment