Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

No Comment

KEPALA BATAS – Kerajaan komited untuk terus memperkasa kedudukan umat Islam di negara ini dengan mengimbangi pembangunan ummah secara menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan sejak zaman merdeka agresif melaksanakan pelbagai usaha untuk memangkin taraf hidup umat Islam dan orang Melayu di negara ini supaya menjadi golongan yang dihormati.

Beliau berkata, pembangunan ummah yang menyeluruh merangkumi fardhu ain dan kifayah penting dalam usaha melahirkan umat Islam yang berjaya dalam semua aspek.

“Maruah umat Islam akan tercalar kalau tidak ada kekuatan.. tak ada kewangan.. Sebab itu penguasaan ilmu penting kerana bila kita menguasai ilmu kita mampu menguasai ekonomi.

“Justeru itu, kerajaan berusaha tingkatkan ekonomi umat Islam dengan melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk aspek memperkukuhkan institusi pendidikan kerana penguasaan ilmu penting,”katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Guru Agama dan Pegawai Masjid Negeri Pulau Pinang di MRSM Kepala Batas di sini, sebentar tadi.

Justeru, beliau berkata, peranan ahli agama termasuk guru, imam, bilal, siak dan pihak pengurusan masjid penting dalam melaksanakan misi pembangunan dan penyatuan ummah.
“Justeru, peranan masjid bukan sekadar tempat beribadat tetapi tempat penyatuan ummah.

“Apabila umat Islam bersatu kita akan menjadi lebih kuat dan sebab itu aspek penyatuan ummah menjadi agenda penting,” katanya. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment