Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kawasan Paka di Terengganu merekodkan  bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 114 setakat pukul 9 pagi.

Menurut laman portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), lapan kawasan mencatat bacaan IPU sederhana iaitu Pasir Gudang (52), Bukit Rambai (51), Nilai (59), Balok Baru (Kuantan)(78), Jalan Tasek (Ipoh)(54), SK Jalan Pegoh (Ipoh)(51), Kemaman (52) dan Labuan (54).

Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 ke 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my kendalian JAS untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment