MELBOURNE – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan menjadi penceramah utama pada Sidang Kemuncak Malaysia Australia (MASA) kali kedua di sini bulan ini.
Datin Paduka Marina Mahathir, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, kolumnis dan blogger sosiopolitik juga dijangka berucap pada persidangan itu.
Persidangan bertemakan ‘Menghubung Idea, Membentuk Masa Depan’ itu akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne pada 21 April.
“MASA ingin menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai kepentingan – pelajar dan bukan pelajar – di satu tempat,” kata pengurus media MASA Nazira Mokhtar dalam satu kenyataan di sini.
“Kami berhasrat untuk membina komuniti Malaysia di Australia yang kukuh dan bersatu padu sambil menjalin hukuman akrab dengan komuniti Australia,” katanya.
Beliau berkata acara lain yang diatur termasuk Sukan MASA dan Pameran Kerjaya yang mengetengahkan beberapa syarikat yang beroperasi di Malaysia seperti Astro dan Shell. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment