Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah dan dua anak perempuannya menarik nafas lega apabila terlepas daripada hukuman penjara empat tahun selepas Mahkamah Tinggi Jumaat melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan memperdagangkan pembantu rumah mereka dua tahun lepas.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Soo Ah Lai, 61, Yap Siew Ling, 39, dan Yap Siew Lee, 32 daripada sabitan bersalah memperdagangkan bagi tujuan eksploitasi pembantu rumah warga Kemboja, Chhum Pov, 28.

Dalam penghakimannya, Amelia berkata mahkamah berpuas hati bahawa pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 tidak mengikut aturan dan sepatutnya dipinda.

Amelia berkata mahkamah juga berpuas hati bahawa tiada bukti terdapatnya elemen memperdagangkan bagi tujuan eksploitasi dalam kes itu dan berpendapat perayu sepatutnya dituduh mendatangkan kecederaan kepada mangsa mengikut Kanun Keseksaan, bukan memperdagangkan orang.

“Mahkamah juga mendapati pengadu (mangsa) tidak dikurung kerana masih boleh keluar rumah untuk membuang sampah dan tiada bukti yang menunjukkan pengadu tidak dibayar gaji,” katanya.

Oleh itu, mahkamah berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen Hasbi Hasan terkhilaf apabila memutuskan terdapatnya kes prima facie dan mengarahkan kesemua tertuduh membela diri.

Pada 22 Feb tahun lepas, Hakim Hasbi menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap tiga beranak itu selepas mereka didapati bersalah terhadap pertuduhan itu di akhir kes pembelaan.

Soo, Siew Ling dan Siew Lee didakwa memperdagangkan Chhum Pov bagi maksud eksploitasi dengan menggunakan kekerasan atau bentuk paksaan lain terhadap wanita itu di satu alamat di Bandar Manjalara Kepong di sini pada 3.30 petang, 18 Feb 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P Viknesvaran manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Choong Kak Sen. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment