Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang pemuda cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu ketika bergelut dengan tiga penjenayah yang menyamun ibu bapanya di rumah mereka di Felda Jengka 5, Maran awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata mangsa yang baru balik dari memancing kira-kira 2.50 pagi terkejut apabila mendapati ibu bapanya serta tiga anggota keluarga yang lain telah diikat dan diawasi tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan kayu.

“Mangsa cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek yang kemudiannya mangsa telah dipukul,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga penjenayah kemudiannya melarikan diri dengan barangan samun iaitu dua bentuk cincin emas, empat buah telefon bimbit dan wang tunai RM40. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment