Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

Sedang enak isteri bekas Presiden Amerika Syarikat, Hilary Clinton memberi ucapan, sebelah kasut tiba-tiba melayang di tepi mukanya di Las Vegas, semalam.

Ketika insiden tersebut berlaku Hilary sedang berucap di Industri Kitar Semula Sisa Pepejal (ISRI) di Hote-Kasino Mandalay Bay.


Meskipun ketara terkejut, Hilary bagaimanapun berjaya menenangkan keadaan apabila berseloroh tentang perkara tersebut secara spontan.

“Apa tu, kelawar? Ada orang melempar kepada sesuatu kepada saya? Apakah ini sebahagian daripada Cirque du Soleil (sejenis persembahan tarian akrobatik)?” ujar Hilary sekaligus mengundang ketawa orang ramai.

Pada masa sama, wanita yang membaling kasut terhadap Hilary kelihatan diheret keluar oleh pengawal keselamatan.

Insiden pemimpin dibaling kasut bukanlah pertama kali berlaku namun ini mungkin yang pertama melibatkan ahli politik wanita.

Pada Disember 2008, Presiden AS ketika itu George W. Bush telah dilempar dengan sepasang kasut ketika berucap di Iraq.


Dalam pada itu, Hilary yang aktif bergiat dalam politik diuar-uarkan sebagai calon Demokrat yang akan bertanding pada pilihanraya Presiden AS 2016. - SiakapKeli.com

Oleh: Rem Ramzi
Sumber: Washington Post / YouTube

0 comments:

Post a Comment