Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 29, 2012

No Comment


New Jersey – Bayangkan bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim.
Itu yang dialami Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai jururawat.
Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.
Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.
“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikannya,’’ katanya.
Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.
“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila.
“Kami cuba menghentikan dengan pelbagai cara termasuk duduk di atas kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.
Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.
“Saya dapat merasakan yang saya tidak lagi dapat mengawal badan saya, bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah ia amat memalukan.
“Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,’’ katanya.
Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.
Dia dijadual bertemu pakar PGAD di London, bulan depan. - Informasi.my

0 comments:

Post a Comment