Di India baru-baru ini khabat angin yang mengatakan umat Islam akan melakukan keganasan selepas Ramadan terdebar secara meluas. Ianya disebarkan melalui SMS dan juga laman media sosial. Khabar angin palsu ini menyebabkan penduduk India bukan beragama Islam panik dan melarikan diri dari kawasan yang berkepadatan penduduk Islam yang tinggi. Ia juga menyebabkan kebencian yang berlaku paska serangan pengganas Mumbai 2008 semakin memuncak. Terang dan nyata di sini masalah penyebaran khabar angin adalah amat serius di India. Sebenarnya khabar angin sebegini bukanlah ekslusif di India sahaja. Di Malaysia apa kurangnya dengan penyebaran SMS kononnya ada rusuhan kaum pada tahun 2005 di Kuala Lumpur dan khabar angin Malaysia akan jadi negara Kristian jika Pakatan Rakyat berkuasa. Kesemuanya memainkan sentimen perkauman bebal yang sepatutnya dikuburkan di dalam millennium yang lepas.
Oleh sebab itu sebuah kempen khidmat masyarakat yang mahukan warga India lebih berhati-hari dalam berkongsi khabar yang mereka dengar dilakukan di India. Ianya mensasarkan pengguna media sosial Facebook. Hasilnya ialah 3 poster yang sangat kreatif di bawah. Syabas! Kami diBlogserius sangat sukakan kempen ini. Untuk edisi Malaysia kami mahu ada poster "Jangan Like Sangat Berita Bangang Illuminati Anda" di garis masa Facebook. Lately makin banyak pula muncul di garis masa Facebook kami. Pleaselah jangan jadi lembu sangat!
Tuesday, August 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment