Dibawah berikut adalah antara penjelasan Jue Aziz yang dipetik :-
“MASALAH mereka suami isteri pun belum selesai, jangan babitkan orang lain pula. Saya mengenali Aidil pun macam itu saja dan tiada sebarang hubungan intim dengannya. Sebenarnya saya lebih suka berdiam diri kerana saya tahu segala tuduhan yang dilemparkan itu hanyalah fitnah semata-mata, tetapi memandangkan isu ini semakin hangat diperkatakan, saya perlu memberi kenyataan untuk membela diri saya”, tegas Jue Aziz mengulas dakwaan yang mengatakan dia sedang menjalin hubungan intim dengan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak iaitu suami kepada pelakon, Rita Rudaini.Jelasnya lagi, nombor telefon Aidil pun tiada dalam simpanannya, jadi bila masa pula mereka bercinta. Menurut Jue, dia cuma ada BBM Aidil, itu pun dia dapat menerusi kawan-kawannya yang turut berkawan dengan pemain bola sepak itu. Hanya baru-baru ini saja, Aidil minta nombor telefon bimbitnya selepas heboh kononnya mereka bercinta bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada Jue.“Dia boleh minta simpati dengan peminat di luar sana, tetapi bukan dengan orang dalam industri yang kenal siapa dia yang sebenarnya. Jika benar Rita ada bukti yang mengatakan saya intim dengan suaminya, sila berjumpa saya dan kemukakan bukti sekali.Tambah Jue lagi, tidak semena-mena nama Ayu Raudhah pun terpalit sama sedangkan pelakon itu yang juga adik ipar kepada Aidil tidak tahu menahu pun akan perkara ini.
sumber : Rita jangan kaitkan saya dengan Aidil – Jue Aziz.
Dalam pada itu, melalui akaun rasmi twitter Rita Rudaini semalam juga, kelihatan Rita Rudaini mengulas lagi perkara ini dengan beberapa siri tweet seperti dibawah.
Sumber - Forblogger.net
0 comments:
Post a Comment