Di Singapura, golongan manusia terlalu kaya sebenarnya terlalu ramai,
sama ada penduduk tetap atau warganegara asing bekerja di sana,
(bukan warganeraga Indonesia, Bangladesh & sekutu dengannya)
masing-masing akan menikmati hidup dengan kereta mewah di Singapura
walaupun harga kereta jauh lebih tinggi.
Kalau di Malaysia harga kereta mewah dah buat kita
terkedu kejap, ni kan harga kereta mewah di Singapura,
memang telan air liur jelah.
Jika ingin merasai angin kelajuan kereta sport mereka beli,
maka lebuhraya Malaysia menjadi litar lumba meraka
walaupun penuh dengan perangkap had laju.
Apalah sangat RM300 saman dengan kepuasan bawa kereta laju-laju.
Di Singapura, memandu kereta yang dibeli satu perkara,
nak simpan kereta bernilai jutaan ringgit ini pun satu perkara
kerana kebanyakan kediaman di sana adalah kondominium
& bukannya bunglow atas tanah yang boleh parking kereta sebelah
rumah masing-masing seperti kita di Malaysia.
Oleh sebab itu, lahirlah Hamilton Scotts sebuah kondiminium mewah
yang mempunyai parking sendiri di setiap tingkat kediaman.
Lebih kurang, Proton Ferrari, Lamborghini atau BMW boleh
parking sebelah menyebelah sambil di lihat dari ruang tamu
di semua aras bangunan setinggi14 tingkat ini.
Biasalah bila sesuatu hartanah di luar kotak kebiasaaan,
harga mesti di luar kebiasaan a.k.a luar biasa.
Harga asas kondiminium di Hamilton Scotts bermula
serendah S$9.5 atau RM23.7 juta.
Murah? korang boleh cuba bida 'Penthouse' 4 bilik di Hamilton Scotts
dengan harga pembukaan pada S$30 juta atau RM75 juta
Tunggu apa lagi, silalah tempah sekarang sebelum kehabisan stok. - budakbandunglaici
0 comments:
Post a Comment