1. Mona Fendy - 23 Julai 1993
Penjenayah
yang terkenal dengan senyuman yang ‘mengerikan’ ini telah membunuh
dengan kejam ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris
dengan mengerat Datuk Mazlan sebanyak 18 kerat. Mona bersama suaminya
Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantunya Juraimi Hassan telah disabitkan
bersalah atas pembunuhan yang dilakukan.
2. Dr. Joe Fernandez - 4 November 2000
Pada
4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam
perjalanan pulang ke rumah dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya
di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam .
Kejadian berlaku di di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam
perjalanan makan di rumahnya di Taman Bukit , Bukit Mertajam , hanya 500
meter dari klinik beliau. Dua lelaki bermotosikal telah melepaskan
tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh Joe
Fernandez dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai, Lunas , Kedah.Suspek
itu dipercayai pembunuh upahan.Dr. Doshinda Singh memberi rawatan
kecemasan dan kemudian membawa mendiang ke Hospital Pakar Bukit
Mertajam. Pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh mengesahkan mendiang
meninggal dunia akibat tembakan tepat di kepala dengan pistol jenis .38.
3. Pembunuhan Noritta Samsuddin - 25 Disember 2003
Kes
pembunuhan Eksekutif Akaun sebuah syarikat dan model sambilan sehingga
ke hari ini masih lagi diselubungi misteri. Pembunuh sebenar Noritta
Samsuddin masih belum terjawab. Meskipun Jurutera awan di sebuah badan
kerajaan, Hanif Basree Abdul Rahman, 36, yang dituduh membunuh Noritta,
22, di Unit D-7-1, Kondominium Puncak Prima Galleria di Jalan 17, Sri
Hartamas, antara 1.30 pagi dan 4 pagi pada 25 Disember 2003. ditahan dan
dibicara, ternyata bukan Hanif yang membunuhnya. Hanif diistisyharkan
mahkamah sebagai tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati
akibat kekurangan bukti.
4. Pembunuhan mendiang Canny Ong - 18 Jun 2003
Penganalisis
teknologi maklumat, Canny Ong Li Kian diculik di pusat beli-belah di
Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam
longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya
pada 17 Jun 2003.
5. Altantuyaa Shaariibuu - 27 November 2006
Wanita
Mongolia, Altantuyaa Shaariibu, 28, dibunuh menggunakan bahan letupan
C4 di Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1
pagi 20 Oktober 2006.
6. Nurin Jazlin Jazimin -30 Ogos 2007
Nurin
Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar
bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa
Maju. Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang
ditinggalkan di depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil
bedah siasat mendapati dia mati akibat didera secara seksual yang
melampau.
7. Jutawan Kosmetik Sosilawati Lawiya - 30 Ogos 2010
Datuk
Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang selama 13
hari ditemui dekat pantai Morib, Selangor . Kesemua mereka dibunuh
dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat
Tanjung Layang, Morib.
8. Nurul Nadirah (Dirang) - 1 March 2012
Dibunuh
dan dibakar sehingga rentung dalam Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai,
Masai. Sebelum itu Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi
segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan
rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.
0 comments:
Post a Comment