Siapa agaknya yang ajar mereka buat begini.Ini adalah antara gelagat budak-budak Bersih yang berhimpun sekitar Dataran Merdeka Khamis malam menyertai himpunan ‘Janji Demokrasi’.
Mereka fikir boleh buat apa saja sesuka hati hingga bulan dan bintang pada bendera negara, Jalur Gemilang ditukar ke warna kuning dan dikibarkan di celah himpunan itu.
Tak cukup itu warna bendera ditukar ke merah putih…macam bendera Republik Singapura dan Indonesia
Apakah ini bendera Republik Bersih Malaysia atau bendera negara jika pembangkang berkuasa?
Apakah mereka merancang hendak jadikan negara ini sebuah republik?
Juga tersebar risalah mengenai pertukaran bendera negara.
Mungkin pihak penganjur gabungan 47 NGO yang pro-Bersih boleh tolong jawab tentang perbuatan yang over dan biadap ini.
Ramai orang biasa di situ yang melihat gelagat ini terkial-kial budak-budak ini kedengaran mencemuhnya.
Puak Bersih mungkin merasa syok sendiri dapat berkumpul sekitar Dataran Merdeka.Namun kalangan orangramai yang ditemui wartawan meluahkan rasa kecewa gara-gara mereka tiada majlis countdown ambang Merdeka seperti yang diadakan setiap tahun.
Pada jam 11.30 malam dianggar sekitar 5,000 orang yang memakai t-shirt kuning Bersih bercampur aduk dicelah-celah orangramai yang datang ingatkan ada countdown ambang Merdeka.
Pada awalnya 10.30 malam sekitar 1,000 orang sahaja yang kelihatan mundar mandir di situ.
Geng gabungan 47 NGO itu yang membawa ungkapan sama seperti Bersih menuntut pilihanraya adil kemudiannya disertai oleh puak Selamatkan Jalan Sultan yang mula berhimpun di Jalan Hang Jebat dekat Stadium Negara jam 8 malam.
Puak yang menuntut kerajaan menghentikan pengambilan tanah untuk projek MRT kemudiannya berarak ke jalan dekat stesen lama bas Klang.Mereka bersurai jam 9.30 malam untuk ke Dataran Merdeka.
Polis hanya berkawal memastikan lalulintas berjalan lancar dan tidak mengambil sekarang tindakan terhadap mereka yang berhimpun di kedua tempat.
Kawasan padang Dataran Merdeka telah ditutup kepada orang ramai kerana persiapan perbarisan Hari Merdeka pagi Jumaat.
Pada sebelah petangnya polis telah menyatakan perhimpuan Janji Demokrasi adalah haram kerana penganjur tidak memberi notis 10 hari seperti yang ditetapkan oleh Akta Perhimpunan Aman.
Namun penganjur berdegil hendak teruskan juga himpunan itu.
Kini ramai ternanti-nanti apa pula alasan hendak digunakan oleh puak Bersih ini untuk balon polis yang ‘berlembut’ terhadap himpunan haram mereka.
Puak ini diketahui umum cuba berselindung disebalik kehadiran orangramai yang kebiasaanya berpusu-pusu ke Dataran Merdeka untuk meraikan countdown ambang Merdeka.
Pihak penganjur cuba ‘ coverline’ menyalahkan pihak berkuasa sekat mereka turut meraikan ambang Merdeka sedang kehadiran mereka adalah satu perhimpunan yang terancang.
Kecuali Timbalan Presiden PAS ,Mat Sabu,orang kanan PKR Tian Chua dan Fuziah Salleh tiada pembesar pembangkang lain yang hadir di himpunan itu.
Seperti mereka rancang,Datuk A Samad Said telah mendeklamasi sajak di depan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengadap ke Dataran Merdeka.
Himpunan itu mula bersurai sekitar jam 12.30 malam.
Tiada insiden tidak diingini berlaku. (Agendadaily.com)
0 comments:
Post a Comment