Kes Rekabentuk Featur Samsung Tiru iPhone iPad - Apple Inc. Menang di Amerika Syarikat
Dalam kesibukan Eyriqazz vs Denaihati, apa pula perkembangan
keputusan kes Apple Inc. vs Samsung di Amerika Syarikat (US)? Yea, perkembangan
kes saman pihak Apple Inc. terhadap Samsung berkenaan hak cipta rekabentuk asas
dan featur telefon pintar. Pihak Apple Inc. telah mengemukakan kes saman hakcipta
rekabentuk featur telefon pintar terhadap pembina telefon pintar dari Korea, Samsung.
Semalam (24/08/2012), pihak Jury di Amerika Syarikat telah
mendapati syarikat Korea tersebut, Samsung telah meniru rekabentuk featur telefon pintar
mereka berasaskan rekabentuk dari iPhone dan iPad keluaran gergasi telefon
pintar Apple Inc., Amerika Syarikat. Jumlah ganti rugi telah ditetapkan
sebanyak USD 1.051 billion yang harus dibayar oleh pihak Samsung kepada Apple
Inc.
Keputusan Jury U.S. terhadap kes Apple Inc. vs Samsung
Keputusan menang mutlak hakcipta kepada pihak Apple Inc. dan telah dikeluarkan lebih awal dari dijangkakan. Keputusan ini
berkemungkinan juga menyebabkan telefon pintar keluaran produk Samsung tertentu
akan dimansuhkan (ban) dan seterusnya produk keluaran Apple Inc. akan terus mendominasi
market terbesar komputer mobil dan pintar.
Sejumlah besar syarikat yang menjual telefon pintar berasaskan
aplikasi dan sistem Google Android akan menerima tamparan hebat berupa kes lanjutan
saman dari Apple Inc. nanti. Syarikat gergasi US tersebut merupakan syarikat paling berkeuntungan
dan berprestasi tinggi di sepanjang sejarah perniagaan komputer pintar.
Didapati juga jumah syer saham Apple pada minggu lalu telah
melonjak ke tahap paling tinggi dalam sejarah saham syarikat tersbut dan
mningkat sebanyak 2 peratus kepada USD675, pada tred luar waktu.
Penganalisa dunia guaman telah menyatakan bahawa kemenangan saman
dan hak rekabentuk telefon pintar berpihak kepada Apple Inc. dan
merupakan kes senario paling terbaik untuk syarikat tersebut.
Pihak Jury di Amerika Syarikat telah membuat penganalisaan keputusan
kemenangan kurang dari 3 hari untuk memutuskan kemenangan paten
rekabentuk kepada pihak
Apple Inc. dari Samsung. Ahli Juri US yang terdiri dari 7 orang, tidak
mempunyai
masalah dalam menentukan bahawa Samsung meniru rekabentuk dan paten dari
iPhone dan iPad.
Hasil dari keputusan ini mengakibatkan berbillion Dollar jumlah
niaga dalam keadaan tidak menentu.
Latarbelakang kes Paten dan Rekabentuk Featur Apple pada Samsung
Pihak Apple Inc. telah mengemukakan saman kepada Samsung
kerana meniru rekabentuk dan featur asas dari rekabentuk mereka dan akibatnya
memberikan persaingan hebat terhadap penggunaan perisian keluaran Google Inc. iaitu perisian Android. Aplikasi Android
ini yang digunapakai oleh sistem telefon pintar Samsung telah mendapat sambutan
hangat dari pengguna dan seterusnya digunakan oleh pihak Samsung dalam kesemua
telefon pintar berkomputer mereka.
Apple and Samsung, merupakan 2 buah syarikat gergasi
menjual telefon pintar berkomputer mobil yang mempunyai jualan paling tinggi di
seluruh dunia. Kedua-dua syarikat tersebut juga telah mengikat sejumlah kes guaman
di beberapa buah negara tahun ini sahaja.
Pada awal hari Jumaat yang lalu, mahkamah di Korea Selatan
telah mendapati syarikat Apple Inc. dan Samsung bersalah secara perkongsian dan
menetapkan pihak Samsung untuk meghentikan jualan 10 produk mereka termasuk
Galaxy SII dan menghalang Apple dari menjual
4 model produk mereka termasuk iPhone 4.
Namun di mahkamah tempat kelahiran Apple Inc., keputusan
para Juri adalah paling bermakna, penting dan akan memberikan kesan mendalam.
Pertarungan Samsung vs Apple di Korea dan Apple Inc. versus
Samsung di Amerika Syarikat telah bermula sejak awal tahun lalu, dimana Apple
menuduh Samsung meniru rekabentuk perisian iPhone dan iPad. Pihak Samsung pula
telah membuat saman ‘counter’. Pihak Apple Inc. memohon jumlah gantirugi
sebanyak USD2.5 Million tehadap Samsung dan jumlah tersebut mendapat bantahan.
Kedua-dua syarikat pembuat telefon pintar ini adalah pesaing
paling tegar, namun mereka juga berkongsi sejumlah USD 5 Billion
dalam bentuk perkongsian pintar. Apple merupakan kustemer paling besar Samsung yang
menggunakan mikro processor mereka,
berbanding dari mana-mana bahagian peralatan Apple yang lain. – info komuniti bisnis irsah indesign.
nice...
ReplyDelete