Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 31, 2012

No Comment

Rita Rudaini Mencabar Jue Aziz
Rita Rudaini menerusi sebuah akhbar telah mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gosip percintaan Jue Aziz dan suaminya, Aidil Zafuan.
Cabaran ini dibuat selepas kenyataan Jue Aziz di bawah dikeluarkan menerusi akhbar tersebut iaitu :
“Saya rasa Rita pun tahu yang suaminya ada berkenalan dengan perempuan lain, tetapi kenapa dia perlu kaitkan suaminya dengan saya pula?
“Adakah sebab saya dikenali ramai maka saya dijadikan mangsa dengan sesuka hati menuduh saya untuk meraih simpati masyarakat?
“Jika benar saya keluar dengan Aidil, tunjukkan bukti dan di mana. Jangan buat cerita yang kru produksi nampak kami keluar berdua kerana sepanjang masa saya sibuk dengan penggambaran di luar ibu kota,” katanya.
Menurut Rita, kenyataan Jue Aziz itu jelas menuduh dirinya sebagai penyebar gosip mereka berdua.
Oleh kerana itu, Rita mencabar Jue Aziz untuk mengemukakan bukti bahawa dia ialah penyebar gosip tersebut.
“Saya cabar dia untuk kemukakan bukti apabila dia mendakwa saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan suami saya.
Jika dia tidak dapat membuktikan tuduhan itu, saya mahu dia membuat permohonan maaf secara terbuka,” katanya.
Menurut Rita, dia sendiri mengetahui tentang gosip ini (percintaan Aidil dan Jue) menerusi rakan media yang menghubungi untuk mendapatkan reaksinya berkaitan isu tersebut.
Rita telah mengetahui tentang hal tersebut semenjak Mac lalu dan tidak pernah menyebarkannya. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment