1.
2.
Pada tahun 1995, Ike Clanton telah meminta seorang rakannya untuk mengambil gambarnya memakai pakaian koboi di sebuah tapak perkuburan di Arizona. Semasa mengamati foto tersebut, Clanton mendapati terdapat entiti menyerupai seorang lelaki berpakaian koboi tanpa kaki di belakangnya.
3.
Pada musim panas 1954, Reverend K.F. Ford telah mengambil gambar di sebuah gereja yang terletak di England. Ketika mengambil gambar tersebut, Ford secara tidak sengaja telah mengambil gambar entiti yang menyerupai sami bertopeng dengan wajah yang menyeramkan. Foto tersebut menjadi salah satu foto paling popular sepanjang zaman dan sukar diperjelaskan.
4.
Pada tahun 1940an, Puan Andrews telah menziarahi makam anak perempuannya yang telah meninggal dunia di usia 17 tahun. Makam itu terletak di Queensland, Australia. Puan Andrews sempat mengambil foto kubur anaknya dan setelah gambar itu dicuci, alangkah terperanjatnya wanita itu apabila mendapati terdapat entiti menyerupai kanak-kanak perempuan sedang duduk di atas kubur anaknya. Setelah siasatan dijalankan, Puan Andrews mendapati terdapat kubur dua bayi perempuan yang disemadikan berdekatan kubur anaknya.
5.
Ketika menziarahi kubur ibunya, Mabel Chinnery telah mengambil gambar suaminya yang sedang duduk di tempat duduk hadapan kereta. Ketika melihat semula gambar tersebut, Mabel Chinnery mendapati entiti yang menyerupai mendiang ibunya 'duduk' di tempat duduk belakang kereta mereka.
0 comments:
Post a Comment