Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 31, 2012

No Comment

Bos Main Mata, Renung Payudara Didenda RM25 Ribu
SHAH ALAM : “Saya bersyukur,” kata bekas pembantu peribadi, Mas Anum Samiran (37) selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam memerintahkan bekas majikannya membayar RM25,000 sebagai ganti rugi kerana melakukan gangguan seksual terhadapnya pada empat tahun lalu.
Ibu kepada tiga anak itu berkata, dia berharap kes itu memberi kesedaran kepada pekerja wanita senasib dengannya supaya tampil dan menggunakan saluran undang-undang yang betul.
“Jangan berasa rendah diri. Jika (anda) berada di pihak yang benar dan menggunakan saluran betul, keadilan akan berpihak kepada anda,” katanya.
Mas Anum yang kini mengikut suami yang berkhidmat dengan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Perth, Australia berkata, keputusan itu juga khabar gembira kepadanya dan keluarga selepas perjuangan yang telah mengambil tempoh beberapa tahun.
Bagaimanapun, wanita itu mengakui serik dan sedikit trauma untuk berkhidmat dengan majikan kaum lelaki.
Terdahulu, Hakim Sabariah Othman dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati plaintif dapat membuktikan ada gangguan seksual dilakukan bekas majikan wanita itu pada 4 tahun lalu.
Justeru itu, katanya, mahkamah hanya membenarkan tuntutan plaintif terhadap ganti rugi teladan dan punitif sebanyak RM25,000.
Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan tuntutan plaintif terhadap kehilangan pendapatan. Wanita itu memfailkan saman ganti rugi itu terhadap bekas Pengarah Negara sebuah syarikat multinasional, Othman Mohamed, 54, (defendan), di kaunter pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini, -pada tahun lalu.
Berdasarkan penyata tuntutan tersebut, plaintif mendakwa defendan telah melakukan beberapa siri gangguan seksual termasuk memegang tangannya pada 13 November 2008 ketika mereka dalam perjalanan mengambil belon untuk sambutan ulang tahun syarikat. Plaintif yang terkejut dengan perbuatan itu meminta penjelasan, namun defendan bertindak menyentuh pipinya pula.
Defendan kemudiannya meneruskan gangguan seksual dengan bermain mata terhadap plaintif sambil menjilat bibirnya. Selain itu, plaintif mendakwa defendan memberitahu mahu memeluk dan menciumnya sebagai tanda kasih sayang. Seterusnya plaintif mendakwa pada 12 Disember 2008, defendan menyatakan defendan melakukan gangguan seksual dengan merenung payudaranya.
Justeru, plaintif mendakwa perbuatan defendan itu adalah gangguan seksual kerana majikannya mengetahui ia menakutkan dan menyebabkan kegelisahan, kebimbangan di samping perasaan terancam, malu, tertekan dan sakit hati.
Katanya, defendan juga menyalahgunakan kuasa dalam memaksa plaintif melayani perbuatan seksual dan apabila ditolak, defendan menafikan faedah pekerjaan yang sepatutnya diterima plaintif. Pada prosiding semalam, Othman hadir tetapi meninggalkan mahkamah selepas keputusan dibacakan. Info berlainan, Mas Anum diwakili oleh peguam bela, S Silas. – Giler Kentang

0 comments:

Post a Comment