MALAM terakhir Ramadhan di ibu negara tempoh hari sangat padat dengan ribuan warga kota yang membeli-belah sempena kedatangan Syawal.
Moga-moga dapat harga runtuh barangkali, mungkin juga mereka baru dapat gaji daripada majikan masing-masing.
Jalan raya sesak dengan kehadiran kenderaan bertali-arus, bilik-bilik hotel di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Medan MARA dan di kawasan sekitarnya juga ‘fully booked’.
Dalam erti kata lain, bukan warga kota saja, malahan mereka yang datang dari negeri lain juga memenuhi tiap pelusuk kompleks membeli-belah di sini.
Ketika azan Maghrib berkumandang, ramai yang terpaksa berbuka di tepi jalan kerana restoran sudah mula ‘ditempah’ sejak pagi lagi.
Yang ada hanyalah meja yang dihiasi sekeping kad bertulis perkataan ‘RESERVED’.
Ketika ini, jangan kata Nasi Beryani, burger kosong yang hanya dituang sos cili pun laku macam tiket bas!
Pada malam itu juga saya sudah bersedia dengan sebuah kamera kecil, buku nota dan sebatang pen mata bulat.
Saya tidak pergi jauh, di sebuah lorong kecil yang terletak di Jalan Raja Laut
Maknanya saya harus ‘menapak’ sedikit, berpeluh juga badan ini, kalau nak guna kereta masa ini, maknanya saya terpaksa ambil masa dekat satu jam untuk menempuh laluan trafik yang cukup sesak itu.
Lorong kecil tersebut bukan asing bagi saya. Sudah berpuluh kali saya mengikut pihak berkuasa melakukan operasi membanteras maksiat di kawasan berkenaan.
Sudah berpuluh kali juga saya mengikut pertubuhan-pertubuhan NGO melakukan kegiatan amal mereka untuk golongan gelandangan, penagih dadah dan pekerja seks di situ.
Tetapi saya belum pernah ke situ di hari baik bulan baik seperti malam Ramadhan lalu.
Namun saya akur, sebagai wartawan, saya tidak boleh mengharapkan tugasan dalam zon selesa semata-mata, sebagai ‘mata dan telinga’ masyarakat, saya bertanggung jawab melaporkan perkara yang MESTI diketahui orang ramai, biarpun adakalanya ia jelik untuk diceritakan.
Apa yang akan saya ceritakan sebentar lagi adalah hakikat yang terjadi, sama ada kita suka atau benci, sama ada kita peduli atau tidak, sama ada kita menerima atau sebaliknya, ini adalah REALITI yang tak boleh kita nafikan kewujudannya.
Dalam hati saya, menjelang hari yang kita semua muliakan ini, mana mungkin ada insan yang masih sanggup menanggalkan coli dan melurutkan seluar dalamnya demi mencari sesuap nasi, tapi saya silap.
Lorong kecil yang saya maksudkan itu tetap MERIAH waima di saat kita sedang ‘mencongak’ untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.
Subjek saya seorang wanita berusia dalam awal 30-an, cukuplah saya menyebut namanya sebagai Mona.
Bukan sempena novel erotik Mona Gersang yang cukup popular awal 80-an dulu, bukan juga sempena nama…argh, tak perlulah saya sebutkan kembali nama mereka yang telah tiada.
Tapi itulah nama samaran wanita yang bukan sehari saya mengenalinya itu, bahkan dia juga suka saya memanggilnya dengan nama tersebut. Mungkin dia sendiri sangat sentimental dengan nama berkenaan.
Terus-terang, saya sebenarnya TERTIPU dengan Mona.
Sebelum ini dia sering mengikut beberapa buah NGO di situ untuk melakukan kerja-kerja amal buat pekerja-pekerja seks dan penagih dadah di sekitar Chow Kit.
Firasat saya sebelum ini Mona sudah kembali ke pangkal jalan, sebab itu dia sering terlibat dalam kerja-kerja amal di kawasan gelap tersebut, rupanya tidak.
” Memang saya pada mulanya sering terlibat mengikut beberapa buah NGO yang buat kerja-kerja amal, bukan kat Chow Kit saja, kat mana-mana pun saya pergi.
” Tapi saya tidak berdaya, penangan dadah sudah terlalu sebati dalam tubuh saya, biar berulang kali keluar masuk pusat serenti, biar berpuluh kali ditangkap, namun saya tak mampu nak kikis ketagihan, kadang-kadang saya rasa lebih baik mati dari hidup macam ini,” kata Mona.
Walaupun dari segi angka, Mona masih lagi muda tetapi kalau diperhatikan fizikalnya, Mona tak ubah seperti wanita separuh abad.
Mukanya juga cengkung, tubuhnya kurus melidi, kulitnya penuh parut suntikan…giginya juga rongak, nafasnya berbau tembakau yang amat keras.
Adakalanya saya terpaksa menjarakkan diri bila berbual dengan Mona, tak mampu menahan ‘aroma’ yang terhasil.
Namun ada satu perkara yang membuatkan saya sebak setiap kali berbual dengan Mona…iaitu kisah anak perempuannya yang kini sudah pun berusia lima tahun.
Mona sendiri tidak tahu siapa ‘bapa’ kepada anak yang dia lahirkan itu, tetapi dia nekad, selagi hayat dikandung badan, dia akan memelihara Baby (nama manja anaknya itu) sehingga ajalnya menjemput.
” Cuba abang tengok, Baby lagi dua tahun nak masuk Darjah Satu tau, tak sabar nak tengok dia pakai baju sekolah,” kata Mona sambil mengeluarkan gambar Baby yang tersimpan kemas dalam beg tangannya.
Saya cuba nak ‘reshoot’ gambar kanak-kanak comel itu tetapi Mona dengan pantas menyimpannya kembali.
Kata Mona, sekali imbas wajah anaknya itu ada mirip orang Cina, sekali imbas macam orang Hindustan.
” Nak buat macam mana bang, ‘air’ yang masuk pun ada ‘air’ Apek, ada ‘air’ Bangla…kira Satu Malaysialah,” katanya sambil ketawa.
Melihat dia ketawa, saya pun ketawa walaupun ketawa saya sangat ‘plastik’ sifatnya.
Bercakap mengenai Baby, kata Mona, setiap kali tiba waktu malam, dia akan menyerahkan anaknya itu pada seorang pondan tua untuk dijaga.
Kebetulan pondan tua itu tinggal bersebelahan bilik sewanya di Lorong Hj. Taib, dan dia juga sangat sayangkan Baby.
” Saya balik ‘kerja’ lebih kurang pukul 6 pagi, lepas tu saya terus ambil Baby…tapi sebelum itu saya mandi puas-puas, saya tak mahu Baby hidu bau-bau ‘jantan’ yang dah puas dok gomol tubuh saya, ” katanya sambil menyedut sebatang rokok jenama Sampoerna.
Ketika sedang rancak berborak, tiba-tiba Mona bingkas meninggalkan saya, rupa-rupanya ada seorang pemandu teksi yang melambaikan tangan ke arahnya.
Kata Mona, lelaki itu adalah pelanggan tetapnya.
” Abang tunggu kejap, ‘batcha’ tu kalau tak dapat saya sehari, macam tak dapat teh tarik gayanya!,”
” Lama ke, abang ada kawan dok tunggu dalam kereta ni,” kata saya mencari alasan.
” Eleh dia bukan ‘lama’ pun, saya goyang tiga kali ‘settle’ lah tu,” kata Mona dengan selamba sambil membetulkan tali branya…(BERSAMBUNG) – MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment