Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, August 31, 2012

2 comments

PSY Bukti Lelaki Chubby Juga Bergaya
KUALA LUMPUR : Kalau sebelum ini, peminat bintang Korea Selatan atau K-Pop seluruh dunia sering saja dihidangnya dengan wajah jambu dan tubuh sasa mahupun melidi yang menjadi dambaan ramai.
Tetapi kemunculan Park Jae-Song atau lebih dikenali sebagai PSY iaitu jejaka berbadan gempal berusia 34, dengan lagu berhantunya Ganggam Style telah mencipta fenomena baru dalam dunia muzik K-Pop seluruh dunia.
Manakan tidak, klip video Gangnam Style yang mula ditayangkan di laman YouTube sejak sebulan lalu telah berjaya meraih jumlah penonton melebihi 70 juta dan dikatakan sebagai paling terhebat berbanding kemunculan awal Lady Gaga dan Katy Perry.
Itu dari konteks muziknya, tetapi dari sudut fesyen, PSY nampaknya berjaya mengangkat martabat golongan jejaka bertubuh gempal bahawa isu fizikal bukanlah alasan untuk tidak nampak bergaya sentiasa.
Memang benar, ianya adalah sebuah klip video yang mempunyai jalan cerita dan mesej tersendiri, tetapi tanpa keyakinan dan sedikit perasaan ingin bergaya, pastinya PSY akan tampak canggung di dalam klip video berkenaan.
Sebaliknya apa yang berlaku, PSY telah berjaya melempiaskan satu penampilan yang sophisticated, kemas dan tersendiri dengan gaya fesyen dandy sehebat tamparan muzik dan juga tarian signature miliknya itu.
Menerusi klip video yang menggunakan beberapa lokasi seperti ladang kuda, taman permainan, sauna, atas bangunan, bawah jambatan, gelanggang tenis, bawah kolong dan tempat letak kereta, PSY menyarungkan sut pelbagai warna bersama cermin mata ikonik klasik rekaan bulat.
Antara sut yang menjadi pilihan Stailista ialah sut bewarna biru, merah jambu, hitam dan tidak ketinggalan kemeja tuxedo putih pilihannya.
Malah ketika babak tarian di stesen ketetapi bawah tanah, PSY tampil kasual tetapi masih memiliki gaya tersendiri dengan kemeja putih berbutang dan seluar pendek.
Namun apa yang pasti, dalam apa juga babak, PSY masih kekal dengan gaya rambut wet look yang disisir rapi dan tidak pernah lekang dengan cermin mata hitamnya.
Itulah gaya PSY sehebat lagunya Gangnam Style yang sememangya Stailista. – Murai

2 comments: