Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, September 18, 2013

No Comment

ROMPIN – Seorang pemandu bas maut manakala 16 penumpang selamat apabila bas ekspres itu terbabas dan terbalik di Km158.9 Jalan Johor Baharu–Kuantan, di sini awal hari ini.

Kejadian pada 5 pagi itu melibatkan bas yang dalam perjalanan dari Kota Baharu, Kelantan ke Pasir Gudang, Johor Baharu dan membawa 16 penumpang iaitu 10 lelaki dan enam wanita.

“Pemandu bas, Ismail Ali, 59, cedera parah di kepala dan maut di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian hadapan bas,” kata Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata siasatan awal mendapati bas berkenaan terbabas dan merempuh pembahagi jalan serta tiang lampu di hadapan stesen minyak Petronas Tanjung Gemok, sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan.

Johari berkata 14 daripada 16 penumpang cedera ringan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk rawatan.
“Siasatan awal juga mendapati pemandu bas itu memandu bersendirian tanpa pembantu pemandu,” katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment