Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, April 22, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Lima Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sehingga kini menunjukkan prestasi memberangsangkan, apabila melepasi sasaran yang ditetapkan.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata lima NKRA itu membabitkan pembinaan Jalan Luar Bandar di seluruh negara dengan sasaran NKRA adalah 19.40 kilometer (KM) berbanding pembinaan sebenar, 29.94 KM.

“Dalam Jalan Perhubungan Desa, kementerian telah berjaya membina sepanjang 29.94 KM berbanding sasaran sepanjang 17 KM yang ditetapkan, sementara Bekalan Elektrik Luar Bandar, sebanyak 497 buah rumah telah dibekalkan elektrik melepasi sasaran sebanyak 495 buah rumah yang ditetapkan manakala program bantuan rumah (pembinaan rumah) sebanyak 200 buah rumah melepasi 100 buah rumah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang petugas KKLW untuk tahun 2013 di sini Selasa.

Bagi tempoh tiga tahun NKRA dari tahun 2010 hingga 2013, sebanyak 309,202 buah rumah telah disambung dengan bekalan air bersih manakala 115,096 buah rumah mendapat kemudahan bekalan elektrik dalam program luar bandar kementerian, katanya.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga berjaya membina jalan dan membaik pulih jalan luar bandar sepanjang 4,068.39 KM dan membina serta membaik pulih sebanyak 61,062 buah rumah menerusi Program Bantuan Rumah.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Shafie berkata beliau menyeru warga KKLW untuk menerapkan lima nilai penting untuk mencapai prestasi cemerlang dan pada masa sama memberi imej yang baik kepada kementerian, iaitu;

1) Penghasilan idea yang kreatif

2) Memupuk nilai-nilai kerja positif

3) Memperkenal dan memperbaiki sistem dan kerja yang lebih baik

4) Membimbing kakitangan berfikiran kreatif dan di luar kotak

5) Kemampuan menyelesaikan sebarang masalah dengan segera

6) Penciptaan nilai.

Mohd Shafie berkata beliau yakin kementerian akan mempamerkan prestasi yang lebih baik pada masa depan menerusi penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif dan pada masa yang sama memenuhi kehendak pelanggan dan mereka yang berkepentingan.

Sementara itu, beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata tentangan keras yang ditunjukkan oleh PKR dan DAP berhubung hasrat membawa usul hudud ke Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini sudah dijangka berlaku.

Katanya, pembangkang mempunyai fahaman dan ideologi yang berbeza maka amat sukar untuk mereka (DAP dan PKR) mempersetujui hasrat kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Beliau berkata pelaksanaaan hukum hudud perlu diteliti secara mendalam kerana Malaysia mempunyai pelbagai agama dan bangsa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment