Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi melahirkan ucapan terima kasih kepada Singapura kerana bantuan dan sokongannya kepada Malaysia dalam operasi mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

“Saya ucap terima kasih sekali lagi kepada jiran kita kerana semangat persahabatan dan setiakawan sepanjang tempoh ujian,” tulis beliau dalam akaun Facebooknya.

Posting itu serentak dengan kunjungan hormat Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen ke atas Najib di pejabat perdana menteri di Putrajaya petang ini.

Najib mengambil perhatian bahawa Singapura adalah antara banyak negara yang telah membantu Kuala Lumpur berikutan kehilangan jetliner Malaysia.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang angkasa Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi mencari melibatkan beberapa negara sedang dijalankan di selatan Lautan Hindi, di luar pantai bandaraya Perth, Australia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment