Jentera selam Bluefin 21 akan dihantar ke dalam Lautan Hindi hari ini buat kali pertama dalam usaha menentukan jika isyarat yang dikesan sebelum ini berpunca daripada kotak hitam pesawat MH370.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata, kapal Tentera Laut Diraja Australia Ocean Shield akan melancarkan Bluefin 21 milik Tentera Laut Amerika Syarikat, petang ini.
Namun, tidak ramai yang mengetahui fungsi sebenar jentera selam ini.
Bluefin-21 adalah kenderaan autonomi air moden dan dapat menjalankan pelbagai pencarian atau kajian di laut dalam.
Ia mempunyai kapasiti yang tinggi yang membolehkan operasi mencari dijalankan sehingga mencecah kedalaman 4500 meter. Mempunyai diameter berukuran 53cm dan sepanjang 493 cm, alat ini mampu beroperasi selama 25 jam dan turut dilengkapi pengimbas solar.
Ia juga boleh dikendalikan daripada pelbagai jenis kapal. Mudah dibawa dan digunakan serta komponennya boleh dibuka bagi proses mencari membabitkan pelbagai kawasan carian. Reka bentuknya utuh dan kukuh serta dilengkapi sistem kalis bocor.
Alat ini turut menggunakan sistem navigasi INS untuk memberi ketepatan terbaik. Selain itu, alat ini dilengkapi dengan USBL (ultra-short baseline) yang dapat memberikan ketepatan navigasi optimum.
SPESIFIKASI
Diameter : 21 inci (53 cm)
Panjang : 16.2 kaki (493 cm)
Berat kering : 1650 lb (750kg)
Keapungan: 16lb (7.3 kg)
Kedalaman : 14,763 kaki (4500m)
Daya Ketahanan : 25 jam @ 3 batu nautika/jam dengan kapasiti standard
Kuasa (Bateri): 13.5 kWh – 9 buah pek bateri 1.5 kWh Lithium-polymer dengan daya tahan tinggi terhadap tekanan udara
Kelajuan : 4.5 batu nautika/jam
Navigasi : ketepatan masa sebenar -0.1%
Pengesan (Komunikasi) : USBL dengan sistem pengesan lokasi kenderaan.
Perisian : Operator Tool Suite dengan kelengkapan asas GUI
Muatan Standard: Pengimbas sonar EdgeTech 2200-M 120/410 kHz
Penganalisis program EdgeTech DW-216
Pengukur kedalaman dasar laut multipancaran Reson 7125 400 kHz
0 comments:
Post a Comment