SETIAP tahun, ratusan golongan maknyah seluruh Thailand akan berkumpul untuk memasuki Pertandingan Ratu Cantik Miss Tiffany yang dianggap paling berprestij di kalangan mereka.
Dalam jumlah itu, tak sampai 20 orang akan terpilih ke peringkat akhir.
Pada tahun ini, pertandingan itu akan diadakan pada 2 Mei ini di Chon Buri.
Dijangka ia bakal menarik ramai pelancong asing untuk menyaksikan pertandingan yang telah dimulakan sejak 15 tahun lalu.
Miss Tiffany menjadi tumpuan golongan ini kerana pemenang selalunya akan ditawarkan dengan pelbagai hadiah terutama kontrak modelling dan pengiklanan yang bernilai jutaan ringgit.
Yang pasti ‘kejelitaan’ mereka memang memukau mata yang memandang, malah ada yang dilihat lebih cantik daripada wanita asli!
Inilah yang dikatakan akhir zaman….mengubah ciptaan Tuhan…dan diagungkan pula.
0 comments:
Post a Comment