Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 7, 2014

No Comment

Jumaat lalu, selain Radhi OAG menamatkan zaman dudanya, seorang lagi anak seni iaitu komposer Julfekar turut bertemu jodoh dengan penyanyi baru Min Yasmin.

Setelah lama menduda, akhirnya tertulis suratan jodoh di antara komposer berusia 49 tahun dengan gadis muda berusia 26 tahun itu.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya dan sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.


Sebelum ini, Julfekar pernah mempunyai sejarah kontroversinya yang tersendiri namun semuanya sudah ditutup rapi oleh empunya diri.

Malah hubungan pasangan ini turut menjadi kontroversi berikutan perbezaan usia yang besar di antara mereka.

Min memetik laporan Harian Metro berkata, “kami mula kenal sejak 2009 dan terlalu banyak kontroversi yang berlaku sepanjang tempoh kami berkawan. Biarlah orang nak kata apapun mengenai perbezaan usia kami”.

“Selagi dia bukan suami orang, saya tiada masalah untuk menerimanya. Keluarga saya juga bersikap terbuka terima abang Jul. Dia sebenarnya tegas dan garang ketika bekerja, namun dalam pada itu dia sering ambil berat dan romantis,” katannya lagi.

Bercakap mengenai soal anak, Min mengatakan dia menyerahkan perkara itu kepada rezeki Allah SWT dan tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

Majlis persandingan pasangan itu telah pun diadakan di Kota Damansara Sabtu lalu manakala majlis menyambut menantu di belah pihak lelaki akan diadakan pada 13 April nanti di ‘Ndah Mahligai Shah Alam. - SiakapKeli.com

Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment