Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 7, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatan dari Singapura Lee Hsien Loong sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura kelima di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di sini.

Satu mesyuarat perwakilan akan diadakan selepas pertemuan itu, sebelum sidang akhbar bersama oleh kedua-dua Perdana Menteri.

Mesyuarat itu dijangka membincangkan projek kereta api laju antara Singapura dan Kuala Lumpur dan Rapid Transit System Johor Bahru-Singapura.

Dalam satu kenyataan Wisma Putra berkata pemukiman itu merupakan satu platform untuk kedua-dua pemimpin meneliti hubungan dua hala yang wujud antara kedua-dua negara.

Pemukiman itu merupakan perbincangan peringkat tertinggi yang memberikan ruang bagi pemimpin-pemimpin kedua negara untuk meneroka dan membincangkan inisiatif-inisiatif baru dan kerjasama selanjutnya.

Mesyuarat terakhir berlangsung di Singapura Februari tahun lepas.

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment