Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

TERSENTUH hati tatkala melihat gambar seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), Ezzat Nur Azam Abdullah Hadi, 21, yang dikongsikan di akaun Facebook Oh!Media, hari ini.

Ezzat kini terlantar sakit akibat masalah jangkitan kuman dalam otak hampir setahun lalu.

Berikut merupakan maklumat yang diterima daripada penghantarnya:

“Salam Oh! Media, hrap dpt meringakan beban sahabat saya ni, dh hampir setahun dia terlantar di atas katil. Masih blajar di uitm arau dn mngalami mslh jangkitan kuman dlm otak hmpir stahun. Baru berumur 21 thun, difahamkan dia merupakan anak sulung dn ada 7 org adik lgi yg msih kecil dn bersekolah, kalau kita tk mmpu nk beri sumbangan duit,sedekahknlah doa untuknya, ni bukan pngalaman pertama buat keluarga ezat,sblum ni 3 org Adik ezat kemalangan dan 2 org drpdnya meninggal dunia, adiknya kini brusia 16thun yg terlibat kemalangan menjadi insan kurang keupayaan, IQ’nya menurun.

Ayahnya hanya kerja sendiri, manakala emaknya surirumah sepenuh masa yg terpaksa mengharungi semua ni. Mohon share gambar ini agar ada yang bermurah hati memberi sumbangan. berat mata memandang,berat lgi bhu memikul. dia ni sangat baik dan tak lekang dengan masjid tapi harini Allah uji dia mcm ni. kita tak thu lagi apa akn jdi esok dan siapa pulak nak tolong kita kan, saya merayu pada admin tolong lah sahabat saya ni.”

Bagi orang ramai yang prihatin dan ingin membantu Ezzat dari segi kewangan, anda boleh merujuk nombor akaun bank yang disertakan pada gambar ini.


Nombor telefon bapa Ezzat juga turut disertakan bagi memudahkan pihak di luar sana untuk menghubunginya.

Sama-samalah kita doakan agar anak muda ini akan kembali pulih seperti biasa dan dapat meneruskan pengajiannya suatu hari nanti.

Oleh: Elza / SiakapKeli.com

(Sumber: Facebook Oh!Media)

0 comments:

Post a Comment