Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, April 11, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Kelayakan calon yang bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan terbatal jika wujud serangan peribadi ke atas mana-mana calon yang bertanding.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Johari Abdul menegaskan, larangan tersebut turut terpakai kepada pengurus kempen bagi setiap calon.

“Jika ada mana-mana pihak yang mengeluarkan ucapan fitnah, kejian, cacian dan menghina, pihak kami (parti) boleh membatalkan pencalonan tanpa menunggu hari mengundi ataupun selepas pengundian berakhir.

“Saya serius tentang perkara ini. Jadi semua semua calon dan pengurus kempen masing-masing harus berhati-hati kerana pembatalan pencalonan boleh dibuat serta-merta jika disahkan bersalah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Jumaat.

Selain itu Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, sebarang tindakan untuk membeli undi seperti pemberian wang tunai, barangan atau tawaran adalah dilarang sama sekali.

“Kalau nak buat jamuan makan kita benarkan…tapai kalau buat tawaran atau janji, itu menyalahi tatacara pemilihan yang ditetapkan,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan pihak tertentu berkempen secara berkumpulan, Johari berkata perkara itu adalah dibenarkan.

“Nak buat kem atau bentuk kumpulan kita tak kisah. Malah nak gelarkan kumpulan masing-masing dengan apa jua slogan pun boleh.

“Malah kalau nak buat ‘chai’ (senarai calon) sekalipun kita benarkan…masing-masing ada hak untuk tentukan siapa pilihan mereka,” katanya. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment