Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, April 10, 2014

No Comment

Texas – Polis di sini memberkas seorang wanita selepas dia menelefon untuk mengadu mengenai kualiti ganja yang dibelinya daripada pengedar.

Polis Lufkin, Sarjan David Casper berkata, Isnin lalu seorang pegawainya pergi ke rumah Evelyn Hamilton, 37, untuk mendengar aduannya mengenai pengedar yang enggan memulangkan wangnya selepas dia membantah kerana dadah yang dijualnya tidak berkualiti.

Casper berkata, wanita itu mengeluarkan sedikit ganja daripada colinya selepas pegawai polis itu bertanya mengenainya.

Dia ditahan Jumaat lalu atas tuduhan memiliki dadah.

Evelyn berkata, dia membelanjakan AS$40 (RM129) Isnin lalu tetapi tidak berpuas hati dengan kualiti ganja yang diperolehnya. – Agensi

0 comments:

Post a Comment