Songiang (Shanghai) – Seorang wanita yang memotong kemaluan suaminya selepas mengesyaki dia mempunyai hubungan sulit dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara oleh Mahkamah Rakyat di sini, semalam.
Kejadian berlaku 13 Mei tahun lalu apabila lelaki itu, Gu, membawa pulang seorang wanita dan tidak menyedari isterinya, Zhang berada di situ. Wanita itu berjaya melepaskan diri, tetapi Zhang merancang membalas dendam pada malam itu.
Apbila dia dan suaminya berasmara sebelum tidur, Zhang mencapai gunting yang disorok di bawah tilam dan memotong kemaluan suaminya.
Gu dikejarkan ke hospital tetapi doktor tidak dapat menyambung semula zakarnya.
“Tanpa zakarnya, dia tidak mampu lagi untuk membuat hubungan sulit. Saya lebih rela dia ‘tidak mampu’ dan sanggup menjaga dia seumur hidup saya,” kata Zhang ketika perbicaraan. – Agensi
0 comments:
Post a Comment