Arteta Ingin Segera Cergas
KAPTEN Arsenal, Mikel Arteta menyasarkan untuk kembali pulih dan tidak sabar menghadapi Manchester City pada 13 September depan.
Beliau kini sedang mengalami kecederaan selepas pertembungan dengan Demba Ba pada pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara melawan Besiktas di Istanbul, minggu lalu.
“Saya perlu bekerja keras dan mendapatkan rehat secukupnya. Saya berharap boleh kembali bermain menentang City.
"Saya akan melakukan segalanya demi Arsenal,” katanya.
Sementara itu, The Gunners layak bermain dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selepas mengalahkan Besiktas 1-0 di Emirates, awal pagi semalam. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment