Padah Rogol Kekasih Bawah Umur
KOTA BHARU - Seorang pembuat mozek mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih di bawah umur di mahkamah seksyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohamad Asraf Ibrahim, 21, didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, Mulong, di sini, pada jam 2 pagi, 28 April 2014.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon kes ditangguhkan untuk pengurusan dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan.
Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan sebutan semula pada 17 September depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Faizal Abd Rahman.
Dalam perkembangan lain, seorang pemandu bot pelancong, Muhammad Ramzie Zulkifli, 21, juga mengaku tidak salah merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di hadapan Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, 15 Ogos 2014.
Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 29 September depan.
Tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan tertuduh juga tidak diwakili peguam. - Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment