LONDON – Didier Drogba membuat Chelsea cemas sama dapat bersedia untuk perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris yang bermula Sabtu ini.
Dia tercedera dalam siri persahabatan pra-musim ketika menewaskan Ferencvaros 2-1, semalam.
Bekas penyerang Ivory Coast itu tercedera ketika beraksi pada babak pertama dan terpaksa digantikan selepas menerima rawatan.
Tahap kecederaan belum diketahui dan akan terus diperiksa pegawai perubatan pasukan. Penyerang veteran itu menjadi sebahagian daripada perancangan Jose Mourinho untuk memantapkan jentera serangan yang agak kurang konsisten, musim lalu.
Drogba membuat kemunculan pertama sejak menyertai semula kelab The Blues dan kehadirannya untuk saingan EPL yang bermula Sabtu ini masih menjadi teka-teki.
Pemain tuan rumah, Zoltan Gera menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan di Budapest tetapi Chelsea bangkit menyamakan kedudukan menerusi Ramires sebelum Cesc Fabregas mengesahkan kemenangan pasukan dengan permaina berbaki 10 minit. – Agensi
0 comments:
Post a Comment