Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

TANJUNG MALIM – Kerajaan bercadang memperkenalkan sistem penarafan bintang kepada 3,309 Taska yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata cadangan itu kini dalam  peringkat perbincangan dan akan dimasukkan dalam bajet 2015.

Katanya, penarafan bintang itu bagi menjamin kualiti perkhidmatan dan membolehkan rakyat memilih pusat jagaan kanak-kanak yang berkualiti.

“Satu panel akan ditubuhkan bagi menilai dan memberikan penarafan bintang itu yang terdiri daripada ibu bapa, orang awam dan institusi maklumat perkembangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Taska Peringkat Kebangsaan 2014 dan program sambutan “Jom! Raya @ Taska” di Kompleks Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Zakaria Kasa dan Pengarah NCDRC Prof Dr Sopia Md Yassin.

Rohani berkata selain itu, penarafan bintang juga dapat memberi promosi dan galakan kepada pengusaha Taska selain bagi mengatasi isu berkaitan keselamatan dan penderaan kanak-kanak di Taska.

“Jika Taska itu bagus, ia akan diberi penarafan dan merit yang baik dan jika tidak bagus atau berlakunya sesuatu kes, merit dan bintang yang diberi akan ditarik,” katanya.

Inisiatif itu juga dicadangkan berikutan kes kematian terbaru seorang bayi perempuan berusia setahun dua bulan, Nurain Damia Mohamad Naqiuddin pada 13 Ogos, yang didakwa didera oleh pengasuh di Petaling Jaya, Selangor, katanya.

Terdahulu itu, Rohani berkata kementeriannya memohon bajet berjumlah RM16.5 juta bagi pemberian intensif kepada pengusaha Taska dan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Taska.

“Penambahan peruntukan itu bagi mengurangkan beban sekali gus menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka ke Taska berdaftar,” katanya.

Rohani berkata sehingga kini terdapat 3,309 Taska berdaftar di seluruh negara dengan jumlah pengasuh seramai 12,999 orang yang menjaga 63,604 kanak-kanak.

Kerajaan telah memberikan subsidi yuran pengasuhan tahun ini kepada 3,501 kanak-kanak bernilai RM9.9 juta dan Bantuan Khas 2014 kepada 12,171 kanak-kanak melibatkan RM1.2 juta, katanya.

Sementara itu di KUCHING,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menggesa pengusaha Taska termasuk yang beroperasi di rumah yang masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat agar segera berbuat demikian.

Ini bagi membolehkan mereka mendapat bantuan dan insentif daripada kerajaan, katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2014 di sini sempena Sambutan hari Taska 2014.

Beliau juga menyarankan penganjuran  program seperti konvensyen, seminar, simposium dan persidangan bagi memastikan Taska mempunyai kredibiliti dan kebolehpercayaan yang tinggi dari segi pengasuhan dan perkhidmatan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment