Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, August 16, 2014

No Comment

GEORGETOWN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan jawatan Menteri Besar Selangor sebagai tindakan amat mementingkan diri sendiri.

Beliau berkata Abdul Khalid perlu melepaskan jawatannya kerana mendakwa menteri besar itu telah hilang sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

“Berdasarkan prinsip demokrasi dan perlembagaan, apabila anda hilang sokongan majoriti, saya fikir anda perlu undur diri…Tan Sri Abdul Khalid perlu undur diri, ia semudah itu.

“Dan kerana beliau masih pertahankan jawatan menteri besar, saya fikir tindakan itu pentingkan diri sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya, di sini hari ini.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sebagai sekutu PKR dalam pakatan pembangkang, DAP menghormati keputusan PKR untuk melantik menteri besar yang baharu dan menyokong pencalonan presidan PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Abdul Khalid.

Mengulas kenyataan Abdul Khalid yang tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk selesaikan krisis kepimpinan negeri itu, Lim berkata tindakan itu berlawanan dengan semangat demokrasi dan menyalahi perlembagaan negeri. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment