Setelah dua tragedi besar melanda syarikat penerbangan Malaysia MAS baru-baru ini, pelbagai andaian dibuat terhadap reputasi syarikat penerbangan itu. Memang tidak dinafikan, reputasi MAS sedikit tergugat, tetapi tidaklah seteruk yang diwar-warkan oleh media, terutamanya media barat.
Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong"(artikel telah dibuang dari Mashable.com), menjadi popular dan viral di internet.
Dua gambar yang menunjukkan gambar penerbangan MAS yang menunjukkan kabin kosong dijadikan sumber bagi media terutamanya dari barat untuk membuat cerita bahawa reputasi MAS telah tergugat..
Berita dari mashable.com "MAS bakar $2Juta Sehari, sedangkan pesawat semakin kosong"(artikel telah dibuang dari Mashable.com), menjadi popular dan viral di internet.
Tetapi, pemilik asal gambar telah menceritakan keadaan sebenar setelah terkejut gambarnya telah masuk di dalam media.
Petikan dari deskripsi gambar beliau berbunyi " Terkejut kerana gambar ini berada di dalam media!. Sesiapa yang pernah naik kapal terbang tahu, keluarga yang ada anak kecil dibenarkan naik dahulu. Kapal terbang itu tidak kosong, sebaliknya ia penuh. Ianya sedih apabila pujian atas layanan(gambar) yang saya berikan digunakan untuk menyerang syarikat penerbangan yang sedang menghadapi saat getir. Kita sepatutnya memberikan semangat."
Mengenai gambar kedua pula, seorang pengguna yang berada di dalam pesawat yang sama turut menceritakan keadaan sebenar.
Keadaan pesawat tidaklah sekosong yang disangkakan. Leanne Marotta, yang menggunakan nama twitter @lee0173 yang turut menceritakan keadaan sebenar. Beliau mengambil gambar lelaki diatas iaitu sepupunya yang menaiki pesawat yang sama.
Menurut Leanne, memang kurang penumpang pada waktu itu. Tetapi setelah dia menanyakan seorang lelaki kenapa tempat 'check-in' kosong. Lelaki itu menjawab, "kerana sekarang masih di awal pagi(5:30 pagi)", dan dia menganggarkan lebih kurang 60 orang menaiki kapal terbang yang sama.
Nampaknya, jelas dan nyata usaha pihak tidak bertanggung jawab yang membuat spekulasi hanya kerana dua gambar ini. Spekulasi tentang reputasi buruk MAS ini telah dilaporkan di beberapa laman berita barat seperti mashable.com, Yahoo Singapore News, New York Daily News, Metro UK dan juga beberapa laman berita tempatan.
Jelas sekali usaha mereka untuk menjatuhkan imej MAS dan Malaysia - SiakapKeli.com
Kitchen cabinet murah lembah klang call abdullah 0162350903 klu berminat atau blh ke hanzcabinet.blogspot.com
ReplyDeleteBaru-baru ni saya pergi UK, dua-dua flight masa pergi dan balik full. Toilet pun kena beratur haha.
ReplyDeleteLagi spekulasi bahawa zionis sedang diam2 berperang dengan malaysia. Sebab dia yang pegang media barat. Dasar ular pengecut. sorok2 tanam bisa lepas tu baru terkam
ReplyDeleteyang pasti MAS sediakan arak..memang patutlah rugi memanjang x berkat
ReplyDeleteBuang la bisnes arak tu ..tulisan jawi di kapalterbang boleh pulak di buang ..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMH002 AND MH003 FULL LAST 2 AND 3 WEEKS
ReplyDeleteSaya rasa MAS tak rugi tanpa sedia arak malah lebih berkat lagi selamat. Ubahlah ikut kehendak MAHA PENCIPTA bukan Pemegang saham. Pramugari Islam tutup aurat. Sejuk mata memandang. Insya Allah kalau dituruti kehendak MAHA BERKUASA dijamin selamat diredhai dan diberkati. Dari situ MAS akan kembali buat keuntungan. Bukan untung Dunia malah di akhirat kita sama2 selamat.
ReplyDeleteMAS adalah kebanggaan dan wajah kita orang MALAYSIA. Jangan kita kutuk keterlaluan waktu ia berada dalam kesukaran.
ReplyDeleteApa yang perlu kita buat sebagai umat Malaysia kita doa minta YANG MAHA PENCIPTA dan BERKUASA selamatkan dan permudahkan dalam apa jua pengurusan mengenainya. Jika ada yang hendak menyulitkan MAS kita mudah dan segera mendapat petunjuk. Dengan itu mencepatkan kita bertindak membaiki kekurangan/masalah yang timbul. Jangan salahkan MUSUH. Itu memang kerja dia.
Perempuan di gambar sama suami dan anaknya bernama Ping Coombes!!! Pemenang British Masterchef dari Malaysia....
ReplyDeletehttp://www.bristolpost.co.uk/Ping-Coombes-life-s-whirlwind-winning-Masterchef/story-21450925-detail/story.html
Buang arak tu.... pakai la yg lebih sopan. Bertudung kalau bole. BERHIJRAH lah.... Apa yg susah sangat kau ni MASSSS oiiii
ReplyDeleteSy sungguh berpuashati dengan penerbangan mas. Dah byk jenis sykt kterbg sy naik but MAS is the best.
ReplyDelete