Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, August 4, 2014

Pelbagai cara dapat dilihat dilakukan oleh pihak Cadbury Malaysia, antaranya dengan membuat video hari raya,  untuk mengembalikan semula imej mereka setelah tercemar dengan isu DNA babi baru-baru ini.

Tetapi, seorang forumer dari laman forum carigold.com telah memuatnaik gambar satu bungkusan produk cadbury, yang mana dijadikan kartun babi sebagai 'model' produk berkenaan. Dikatakan, produk berkenaan telah didapati di Pasaraya Hero Kelana Jaya.



Setelah disiasat, sememangnya produk ini adalah produk dari cadbury. Selain dari babi, memang ada beberapa haiwan lain diguna untuk mempromosikan produk ini. Produk ini adalah produk dari luar negara. Jika dilihat kepada pembungkusannya, memang bukan dari Malaysia.



Yang menjadi persoalan sekarang adalah bagaimana produk ini boleh masuk ke Malaysia, sedangkan isu DNA babi masih lagi panas diperkatakan. Dan jika tidak berkaitan dengan isu DNA babi sekalipun, produk gambar babi ini memang tidak patut ada di Malaysia - SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment