Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

Pagi semalam, penduduk sekitar Bandar Kuala Rompin di Pahang, gempar apabila bangunan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin terbakar kira-kira pukul 8.45 pagi.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian, kejadian itu menyebabkan lima daripada tujuh tahanan di dalam lokap cedera parah dan tiga anggota polis turut cedera.

Ketika kejadian cemas itu, difahamkan dua tahanan pula cuba mengambil peluang melarikan diri dan merampas senjata, tetapi mereka berjaya ditahan oleh anggota unit kereta peronda.

Dua pasukan bomba dengan kekuatan 15 orang anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin dikerahkan ke tempat kejadian.

Api berjaya dikawal selepas lima mini anggota bomba memulakan operasi memadam.


Kesemua mangsa termasuk OKT yang cedera dalam kejadian dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut dengan kawalan anggota polis.

Kegemparan tersebut berpunca daripada aksi latihan kebakaran (mork drill) yang melibatkan kerjasama IPD Rompin, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Hospital Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin itu turut menarik perhatian penduduk sekitar yang hadir untuk melihat kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, latihan kebakaran ini diadakan bagi melatih anggota polis menghadapi situasi tidak dijangka.

“Latihan seperti ini sangat penting kerana ia di luar dugaan atau tidak dijangka dan setiap anggota perlu faham serta tahu apa tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi cemas seperti ini terutama melibatkan OKT.

“Lima OKT yang cedera berjaya diselamatkan manakala dua lagi cuba melarikan diri turut berjaya ditahan anggota MPV yang berkawal. Situasi berlaku pagi ini (semalam) mungkin sekadar simulasi tetapi tidak mustahil boleh terjadi dan kita mesti sentiasa bersiap sedia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman, berkata, latihan seperti ini memberi pendedahan secara praktikal dalam menghadapi situasi kebakaran.

“Setiap anggota bomba dan polis serta pasukan perubatan dari Hospital Rompin memberi kerjasama yang sangat baik dan ia terbukti dalam masa yang singkat situasi dapat dikawal. Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran,” katanya.

Sumber: Sinar Online / Ibnu Khusairy Aris / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment