Hubungan cinta di antara mereka sudah pun terputus di tengah jalan. Namun yang peliknya, si jejaka, Azwan Kombos hanya mengetahui mengenai perkara tersebut menerusi sebuah rancangan hiburan mingguan apabila sang gadis, Nad Zainal bercerita mengenai mereka yang kini bukan lagi bergelar pasangan kekasih.
Sejak itu, Azwan terus diburu pihak media yang menagih jawapan daripadanya berhubung isu tersebut.
Dan tak semena-mena nama pengacara dan pelakon baharu, Hefny Sahad pula dikaitkan dengan kisah Azwan dan Nad malah ada yang menuduh Hefny sebagai orang ketiga dalam hubungan pasangan pelakon ini.
Hefny juga pernah memberikan kenyataan mengatakan dia mengetahui sebab kenapa pasangan tersebut putus cinta.
Diminta mengulas mengenai perkara itu, Azwan menyifatkan tindakan Hefny seolah-olah mahu mencampuri hubungan peribadinya dengan Nad.
“Dia siapa nak masuk campur hubungan saya dengan Nad, kenapa dia tiba-tiba muncul, kata tak ada apa-apa, tiba-tiba keluar dengan statement yang terang-terang dia beritahu media yang saya dah lama tak bersama dengan Nad. Kenapa dia cakap benda yang lain dari yang kami experience”?
“Saya rasa kalau dia tiada kena mengena antara hubungan saya dengan Nad, dia tak perlu nak masuk campurlah. Yang dia tiba-tiba nak bersuara kenapa? Banyak persoalan di situ”.
“Saya harap memang bukan dialah puncanya, kalau memang dia punca, saya memang tak boleh nak maafkan dialah,” katanya memetik Ohbulan.
Azwan juga mendedahkan sehingga kini dia masih belum berjumpa dengan Nad sejak kisah mereka mendapat tumpuan media, namun mengakui dirinya masih menyayangi gadis berusia 24 tahun itu.
Sumber: Oh Bulan / Audrey Lee / Mynewshub
0 comments:
Post a Comment