Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, May 29, 2014

No Comment

NIAT asal penumpang dalam kereta ini sebenarnya hanya mahu merakam video bas ekspres Darul Naim yang dipandu laju.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan berlakunya kemalangan apabila sebuah lori tiba-tiba masuk ke laluan bas tersebut sekaligus menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bergesel.

Rakaman yang berdurasi enam saat ini diakhiri dengan bas tersebut berhenti di sisi jalan.

Mujurlah masing-masing tidak bertembung secara berhadapan.

Jika tidak, mungkin ada nyawa yang akan melayang kerana kedua-duanya dipandu dengan laju.

Biarpun boleh disifatkan sebagai kemalangan ringan, ia sedikit-sebanyak memberi peringatan betapa kelajuan boleh mendatangkan bahaya terutama di kalangan kenderaan berat.

Kejadian ini berlaku di KM16 Jalan Bentong – Raub berhampiran Lurah Bilut, Bentong, Pahang, semalam.



Sumber: Oh Media / Elza / Mynewshub

0 comments:

Post a Comment